Pada 17 Mei 2016 (Selasa) bersamaan 10 Syaaban 1437H bertempat di Hotel Central Melaka, Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Sempena Persaraan dan Perpisahan Kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Seramai 12 orang kakitangan yang akan bersara pada tahun ini termasuk PKP Saidun bin Othman yang akan memulakan cuti bersara pada bulan Jun 2016 dan 4 kakitangan yang telah bertukar termasuk PP Mohd Rothman bin Bujang. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan daripada Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan dan Kelab Pegawai Kanan serta PERSIAP Sekolah Henry Gurney Melaka dan majlis selesai pada jam 10.30 malam.