01 Jun 2016 : Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) telah berbesar hati untuk menyumbangkan kurma Ramadhan dan Mushaf Terjemahan untuk penghuni Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad. Ketibaan rombongan seramai 8 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Mustapha Bin Omar selaku Presiden PQDM disambut oleh Pengarah Penjara DDM, PKP Tuan Nor Haizan Bin Md Isa dan pegawai-pegawai kanan institusi. Atucara dimulakan dengan bacaan doa, taklimat ringkas, ucapan oleh wakil PQDM dan Pengarah Penjara DDM, simbolik penyerahan sumbangan, jamuan makan dan sesi fotografi.
""