Pada 30.05.2015 dan 31.05.2016, institusi Penjara Seremban telah mengadakan latihan menembak di Lapang Sasar Mantin, Negeri Sembilan. Tujuan latihan diadakan supaya setiap kakitangan mahir dalam mengendalikan senjata yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Latihan ini dikendalikan oleh Unit Latihan institusi dengan kerjasama daripada anggota UKP Penjara Seremban. Senjatapi yang digunakan adalah HK MP.5 A3, Revolver .38 Spl Smith & Wesson, Pistol Smith & Wesson Semi Auto MP9, Rifle Colt M16 A1/A2 dan Pump Gun Winchester/Mosberg/ Inova Pump Action.
""