Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Pusat Koreksional Labuan Tahun 2016
Pada 26 Mei 2016 (Khamis), bertempat di Dataran Pusat Koreksional Labuan telah diadakan Majlis Konvokesyen SLDN Pusat Koreksional Labuan bagi tahun 2016. Seramai 35 Perantis yang terdiri daripada penghuni Pusat Koreksional Labuan telah berjaya dipersijilkan manakala 15 orang Tenaga Pengajar (Coach) turut mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Y.B Senator Datuk Haji Yunus Bin Haji Kurus, Ahli Dewan Negara dan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen tersebut. Turut hadir sama adalah Timbalan Komisioner Penjara Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah/WP Labuan dan Encik Mohd Azmi Bin Pelah, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Negeri Sabah. Didalam ucapannya, Y.B Senator Datuk mengharapkan agar program SLDN diteruskan dan mendapat sokongan daripada semua pihak agar penghuni dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan mampu berdikari apabila dibebaskan kelak dan tidak mengulangi kesalahan lampau.