Program Hijrah Kasih 5 Sekolah Integeriti Tahun 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia
19.05.2016 (Khamis) Penjara Marang Terengganu telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Hijrah Kasih 5 anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia yang disempurnakan oleh YBhg Ustaz Wan Ramzan Bin Wan Mamat, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Ybrs. PKK Mat Rasid Bin Jahlil, Timbalan Pengarah Seksyen Pemulihan Dan Pendidikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PKK Ahmad Saidi Bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKP Mohamad Bin Ismail, Pengarah Penjara Marang, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendididkan Negeri Terengganu Ybrs. Tuan Md. Yusof Bin Rahim dan Ybrs. Puan Hajah Kamariah Bt. Isa Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia serta para jemputan. Program yang bermula pada 17 hingga 19 Mei 2016 melibatkan seramai 80 orang penghuni Sekolah Integriti Penjara Penjara Marang Terengganu. Sepanjang program ini berlangsung penghuni didedahkan tentang tanggungjawab dan kesedaran dalam diri terhadap agama, keluarga, masyarakat dan negara. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar sekolah Integeriti untuk berjumpa dengan keluarga yang tersayang.