Bertempat di perkarangan Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang Melaka pada 27.05.2016 telah diadakan edaran bungkusan makan tengahari kepada Kariah Masjid selepas solat Jumaat. Penyediaan makanan sejumlah 1,500 bungkusan untuk program ini telah disediakan oleh kakitangan Penjara Sungai Udang secara gotong-royong. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan Penjara Sungai Udang, Melaka bersama Kariah Masjid Al-Muhajirin.
""