Lawatan Dari Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (Pergigian) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Pada 25.05.2016 (Rabu) Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima Lawatan dari Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (Pergigian), Dr Doreyat bin Jermun. Beliau telah disambut oleh TPP Mohd Marzuki bin Ibrahim bersama dengan pegawai dari Bahagian Kesihatan Penjara Sungai Udang. Tujuan lawatan beliau adalah untuk berbincang permasalahan mengenai urusan pergigian kepada penghuni serta melihat peralatan kelengkapan pergigian yang terdapat di Hospital Penjara Sungai Udang, Melaka yang boleh ditambahbaik oleh Jabatan Kesihatan Negeri bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pergigian di Penjara Sungai Udang, Melaka.