Lawatan Sambil Belajar Jawatankuasa EKSA Penjara Sungai Udang, Melaka
Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Penjara Malaysia pada 04.05.2016 (Rabu). Seramai 9 kakitangan Jawatankuasa EKSA Penjara Sungai Udang, Melaka yang diketuai oleh KIP Hasniyah binti Walad telah mengunjungi Muzium Penjara Malaysia untuk mempelajari, mengambil ilmu dan melihat sendiri perlaksanaan EKSA yang dijalankan oleh Muzium Penjara Malaysia bagi tujuan penambahbaikan perlaksanaan EKSA Di Penjara Sungai Udang, Melaka.