Karnival Sukan Penghuni Penjara Miri telah diadakan pada 09 Mei 2016 melibatkan pelbagai acara sukan seperti ping pong, futsal, sepak takraw dan karom serta sukaneka. Majlis Penutupan Sukan Penghuni Penjara Miri yang telah berlangsung pada 19 Mei 2016 telah dirasmikan oleh PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh, Pengarah Penjara Miri dan turut dihadiri oleh PP Muhammad Khalid Bin Muhammad, Timbalan Pengarah serta pegawai kanan dan anggota Penjara Miri. Pada majlis tersebut turut diadakan pertandingan karaoke peringkat akhir, pertandingan kawad kaki dan pertandingan bina badan dikalangan penghuni. Sukan Penghuni Penjara Miri adalah merupakan aktiviti tahunan Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Miri. Majlis Penutupan Sukan Penghuni Penjara Miri 2016 diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada penghuni yang memenangi acara sukan berkaitan oleh PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh, Pengarah Penjara Miri. Antara objektif program ini adalah untuk menggalakkan aktiviti yang sihat kepada setiap penghuni dan juga memupuk disiplin serta kerjasama di kalangan penghuni.