Majlis Iftar Jama'ie 1437H Peringkat Penjara Sungai Buloh, Selangor
Pada 16 Jun 2016 (Khamis), bertempat di perkarangan Surau An Nur Penjara Sungai Buloh telah diadakan Majlis Iftar Jama'ie 1437H Peringkat Penjara Sungai Buloh. Majlis turut dihadiri oleh kakitangan, keluarga dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta jemputan daripada agensi kerajaan berhampiran. Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Soutul Nur diikuti Tazkirah Ramadan dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Kurang Upaya serta sumbangan kepada Pusat Jagaan Warga Tua Sri Tanjung, Kuang yang telah disampaikan oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKP Abd Kadir bin Rais.