Majlis Sambutan Ihya Ramadhan Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM)
Pada 16.06.2016 (Khamis), bertempat di Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Majlis Sambutan Ihya Ramadhan Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) Malaysia 2016 yang telah disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamed, Pengarah Penjara Melaka. Turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka, Ahli Jawatankuasa EXPOAM Malaysia, Pesara Penjara dari Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seramai 300 orang tetamu telah menghadiri majlis tersebut dimana tazkirah ramadhan dan penyampaian sumbangan kepada anak kakitangan kelainan upaya telah diadakan sebelum majlis berbuka puasa.