Majlis Berbuka Puasa Kakitangan dan Keluarga SHG Melaka bersama Anak Anak Yatim
Pada 21 Jun 2016 (Selasa), Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama 20 orang Anak-anak SRK JAIM Pernu dan SRK JAIM Telok Mas Melaka. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran PKP Abd. Rahman bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Guru Besar dan Guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Majlis dimulakan dengan tahlil dan tazkirah yang dipimpin oleh Ustaz Aziman bin Ahmad dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak Yatim. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dan solat sunat tarawih berjemaah.