Majlis dimulakan dengan PKP Saidun bin Othman menerima tabik hormat terakhir selaku Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka dan upacara seterusnya ialah acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas di antara PKP Saidun bin Othman dan PKP Abd Rahman bin Taib yang disaksikan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad. Seterusnya, PKP Abd Rahman bin Taib, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku selaku Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka yang baru Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Jalil bin Samad Pegawai Agama institusi.