| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Delegasi Department Of Corrections, Thailand Ke Jabatan Penjara Malaysia Dan Perbincangan Dua Hala

Pada 16 Jun 2016 (Khamis), Jabatan Penjara Malaysia telah menerima kunjungan seramai 6 orang pegawai kanan dari Department of Corrections, Thailand diketuai oleh Encik Vason Singhkasalit, Deputy Director General of Rehabilitation Affairs, Department of Corrections, Thailand. Tujuan lawatan adalah bagi mendalami dan mempelajari proses transformasi Jabatan, khususnya di bidang pemulihan, sistem parol dan program pemasyarakatan banduan di samping mendapatkan maklumat lanjut berhubung program pemindahan antarabangsa banduan. Perbincangan dua hala tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. TKJP Dato? Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Komisioner Jeneral. Delegasi juga telah dibawa melawat ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penjara Wanita Kajang dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD),  Penjara Kajang.


""