| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Anak Cemerlang Zon Sabah dan Sarawak

Pada 03 Jun 2016 (Jumaat) jam 7.30 malam telah berlangsung Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Anak Cemerlang Zon Sabah dan Sarawak bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Lim Kim Mooi telah dilantik sebagai Pengelola Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Anak Cemerlang Peringkat Negeri Sabah dan Sarawak. Tema yang dipilih adalah tema perayaan Kaamatan yang disambut oleh majoriti rakyat negeri di bawah bayu SABAH. Seramai 09 orang pegawai bersara yang hadir bersama pasangan pada malam tersebut dan 42 anak cemerlang hadir bersama dengan ibubapa masing-masing.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama dengan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), YBhg Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, YBhg Datin Shakirah binti Jusoh, Naib Yang Dipertua Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP), Timbalan Komisioner Haji Ahmad Faudzi bin Haji Awang merangkap Pengerusi Pegawai Penjara (POA) serta barisan pengarah-pengarah bahagian IPPM, Ketua-Ketua Institusi Sabah dan Sarawak serta pegawai-pegawai kanan yang lain turut memeriahkan majlis pada malam itu. Majlis menutup tirai pada jam 10.30 Malam.


""