Program #Malaysiangaji "Satu Jam Bersama Al-Quran"
Pada 29.06.2016 (Rabu), Penjara Tawau telah menyertai Program #MalaysiaNgaji "Satu Jam Bersama Al-Quran" anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang diibarakan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang dilancarkan di seluruh institusi penjara. Matlamat program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan dan membudayakan Al-Quran melalui pembacaan, pemahaman dan amalan dalam kehidupan seharian. Program #MalaysiaNgaji "Satu Jam Bersama Al-Quran" di Penjara Tawau melibatkan semua pegawai pemulihan dan rawatan serta pegawai dari Unit Agama bersama 50 penghuni Fasa 2 Program Pelan Pembangunan Insan (PPI) di Surau Al-Hidayah Penjara Tawau. Program "Satu jam bersama al-Quran" berakhir dengan solat fardhu Zohor secara berjemaah di kalangan kakitangan dan penghuni Penjara Tawau.