Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih Bersama Penghuni SHG Melaka anjuran SPRM Melaka
Pada 23 Julai 2016 (Khamis) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Melaka telah menganjurkan program merakyatkan SPRM Jalinan Kasih bersama penghuni SHG Telok Mas Melaka. Program ini diadakan demi melahirkan masyarakat serta generasi masa hadapan yang prihatin, penyayang dan mempunyai jati diri yang utuh serta mampu menyumbang kepada kemajuan Negara. Program ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Penyiaran RTM Negeri Melaka. Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. TKJP Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, YBhg. Dato' Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Melaka), Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ismail, Pengarah Penyiaran RTM Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Ketua-ketua Institusi Penjara Melaka dan Pegawai-pegawai SPRM Negeri Melaka. Antara pengisian program ialah ceramah motivasi dari PPj Celemen Bin Kasim, Pegawai Unit Agama SPRM dan upacara penanaman pokok Mangga Harumanis sebagai simbolik perasmian. Hadirin turut diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar SHG dan penyampaian Replika Zakat. Majlis diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah dari Pengarah SPRM (Melaka).