| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya

Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya yang dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak bersama Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak telah berlangsung pada 27 Jun 2016 (Isnin) bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak.

Majlis turut dihadiri oleh PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Puan Noriah binti Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak, pegawai dan kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo. Majlis juga telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari agensi-agensi lain seramai 200 orang.  Penyerahan sumbangsih kuih raya daripada YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah kepada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah diwakili oleh PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak manakala bagi institusi penjara negeri Sarawak telah diterima oleh Pengarah-Pengarah institusi. Selesai penyerahan sumbangsih kuih raya tersebut, majlis diteruskan dengan acara memasak Bubur Pedas yang turut disertai oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah dan diiringi oleh PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Puan Noriah binti Haji Ahmad serta PKP Walace anak Nawon, Pengarah Penjara Puncak Borneo.


""