| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan, Penjara Seremban 2016

Majlis Iftar Ramadhan Penjara Seremban telah diadakan pada 24.06.2016 (Jumaat) bertempat di Dewan Wawasan, Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. TKJP Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan dan Koreksional). Turut hadir pada majlis tersebut ialah PKK Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, PKP Mohd Andri bin Md. Ridzwan, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, wakil daripada IPPM, ahli-ahli EXPOAM, guru-guru Sekolah Menengah Ampuan Najihah, kakitangan dan keluarga. Majlis dimulakan dengan penyampaian zakat kepada anak -anak yatim yang dijemput khas dari Yayasan Anak-Anak Yatim/Piatu, Daerah Port Dickson dan persembahan nasyid oleh kumpulan Nawarastu dari Penjara Seremban. Selepas majlis berbuka puasa, YBhg. TKJP Dato' Haji Hassan bin Sakimon serta kakitangan Penjara Seremban telah sama-sama menunaikan solat maghrib dan isyak serta tarawih berjemaah di Surau Al-Jamiah.


""