Majlis Berbuka Puasa Pengarah Penjara Negeri Sarawak Bersama Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman
Pada 16 Jun 2016 (Khamis), Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman dengan kerjasama Surau Darul Aman telah menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa Pengarah Penjara Negeri Sarawak Bersama Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman yang diadakan di Perkarangan Rumah Kakitangan melibatkan seramai 210 orang kakitangan dan ahli keluarga. Majlis Berbuka Puasa ini ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Sri Aman mewakili Pengarah Negeri Sarawak yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi turut di hadiri oleh Ketua-ketua Jabatan di Sri Aman. Program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi meraikan sambutan Bulan Ramadhan dan dapat merapatkan hubungan diantara Penjara Pusat Sri Aman dengan agensi Kerajaan yang lain. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Zulhazmi Bin Bokhari, Pegawai Agama Baitulmal Sri Aman. Selesai berbuka puasa, semua kakitangan dan jemputan mengadakan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati jamuan sementara menunggu solat Isyak dan Terawih. Program ini berakhir pada jam 9.30 malam.