Majlis Berbuka Puasa Pengarah Dan Kakitangan Bersama Penghuni Penjara Pusat Sri Aman
Pada 14 Jun 2016 (Selasa), Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pengarah Dan Kakitangan Bersama Penghuni Penjara Pusat Sri Aman yang diadakan di Perkarangan Padang Kawad melibatkan seramai 37 orang penghuni beragama Islam yang dipilih. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Sri Aman yang turut di hadiri oleh semua pegawai dan kakitangan. Program dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Jamaluddin B Affendi dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh penghuni yang mewakili Majlis Ikhtifal yang lalu. Selesai berbuka puasa, penghuni mengadakan solat Maghrib berjemaah seterusnya menikmati makanan sementara menunggu solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Program ini berakhir pada jam 9 malam.