Majlis Iftar Ramadhan Penjara Pengkalan Chepa Kelantan telah diadakan pada 29.06.2016 (Rabu) bertempat di Dataran Surau Bilal Ibnu Rabah, Penjara Pengkalan Chepa Kelantan, Majlis diserikan dengan kehadiran PKK Rosdi bin Ahmad, Pengarah Pusat Pemulihan Machang ,PKK Kamarul Alam bin Taib Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Kelantan, PP Ahmad Supian bin Jaafar, Timbalan Pengarah, pegawai kanan serta ahli-ahli EXPOAM, kakitangan dan keluarga. Majlis dimulakan dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ilham bin Che Daud, Pegawai JAKIM Penjara Pengkalan Chepa Kelantan. Majlis diteruskan dengan penyampaian zakat kepada Pelajar Tahfiz / Anak-anak Yatim dan asnaf dari kawasan sekitar. Selepas majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama menunaikan solat maghrib dan isyak serta tarawih berjemaah di Surau Bilal Ibnu Rabah.