Program #Malaysiangaji Satu Jam Bersama Al-Quran Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu
Pada 29 Jun 2016 (Rabu), bertempat di Surau Halaqah, Penjara Pusat Sibu telah berlangsung program #MalaysiaNgaji Satu Jam Bersama Al-Quran peringkat penghuni Penjara Pusat Sibu bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 1.00 petang serentak diseluruh negara. Seramai 60 orang penghuni telah terlibat dalam program tersebut bersama kakitangan Penjara Pusat Sibu. Program ini merupakan program tahunan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang dibarakan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang mana telah dilancarkan diseluruh negara pada tahun 2015.