Majlis Iftar Ramadhan Kakitangan Penjara Marang Terengganu
28 Jun 2016 (Selasa) Majlis Iftar Ramadhan peringkat Penjara Marang, Terengganu telah diadakan di Surau Muhamadiah Penjara Marang. Majlis turut diserikan dengan kehadiran dif-dif jemputan antaranya Hakim Mahkamah Syariah Kuala Terengganu , hakim pelawat, wakil-wakil ketua jabatan di negeri Terengganu dan warga penjara Marang serta keluarga. Majlis telah dimulakan dengan takzirah ramadhan dan doa berbuka oleh Ust Khairul Idham bin Ali.