Majlis Berbuka Puasa Penghuni Bersama Pengarah dan Kakitangan Penjara Pokok Sena 2016
Pada 28 Jun 2016 (Selasa) bersamaan 23 Ramadhan 1437H, Unit Program Pembangunan Insan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Penghuni bersama Pengarah dan Kakitangan Penjara Pokok Sena yang diadakan di Surau Al-Munir yang melibatkan seramai 200 orang penghuni beragama Islam. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran TKP Mohd Sabri Bin Yaacob, Pengarah Penjara Pokok Sena dan kakitangan Penjara Pokok Sena. Aturcara majlis di mulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran, bacaan Yaasin dan Tahlil serta penyampaian saguhati Tadarus Al-Quran.