Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Machang, Kelantan
Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Pusat Koreksional Machang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni pada 27 Jun 2016 (Isnin) bersamaan 22 Ramadhan 1437H, bertempat di Surau AL-Hidayah yang dihadiri seramai 200 orang penghuni. Antara pengisian program adalah tadarus Al-Quran dikalangan penghuni dan ceramah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fikri Bin Hamat, Imam Muda Masjid Diraja Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah PP Mahadzair Bin Che Daud, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Machang dan pegawai-pegawai kanan.