Pada 17 Julai 2016 (Ahad) bersamaan 12 Syawal 1437H, bertempat di perkarangan Penjara Reman Johor Bahru telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kakitangan Tahun 2016 Peringkat Penjara Negeri Johor di Perkarangan Penjara Reman Johor Bahru. Majlis telah dihadiri oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, TKP Osman bin Ahmad, Timbalan Pengarah Keselamatan dan Inteligen (Keselamatan), TKP Hj. Abdul Wahab bin Hj. Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor, PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai, PKK Rosdi Ahmad, Pengarah PPA Machang, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Johor. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Johor, Pengerusi dan Ahli Persatuan Koreksional Johor, (DPAS), Wakil Jabatan / Agensi Kerajaan, Ahli EXPOAM dan persara Jabatan Penjara Malaysia, Ahli PERSIAP Bersekutu, kakitangan dan keluarga serta Ahli Kelab Anak-Anak Bekas Kakitangan Penjara Johor Bahru. Majlis ini juga diadakan bersempena dengan penutupan pengoperasian Penjara Reman Johor Bahru yang akan berpindah ke Pusat Koreksional Johor Bahru sebelum 31 Julai 2016. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu-lagu karaoke hari raya, cabutan nombor bertuah dan penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan.
""