Institusi Penjara Tawau ? 07 Julai 2016 bertempat di perkarangan Pejabat Rekod telah berlangsung program ?Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2016? yang melibatkan seramai 08 orang banduan termasuk 01 banduanita dan seramai 35 orang ahli keluarga penghuni. Objektif program ini adalah untuk memperlihatkan kekuatan silaturrahim antara penghuni dan keluarga disamping dapat merasai kemeriahan bulan Syawal bersama dengan ahli keluarga yang tersayang dan berpeluang memohon kemaafan di atas kesilapan yang telah dilakukan.
Program ini merupakan acara tahunan yang telah dirancang pada saban tahun terutamanya menyambut ketibaan hari lebaran dengan penuh kesyukuran. Harapan pihak pengurusan Penjara Tawau agar ahli keluarga dapat menerima semula kehadiran penghuni dan dapat memupuk semula kasih sayang yang terputus selama menjalani hukuman. Antara pengisian program adalah ucapan aluan daripada Pengarah Penjara Tawau, PKK Jamil Razif bin Kassim, ucapan penghargaan dari wakil penghuni, pemberian duit raya kepada anak-anak penghuni yang hadir serta persembahan akustik oleh penghuni. Program Jalinan Kasih ini diakhiri dengan sesi beramah mesra di kalangan penghuni dan ahli keluarga bersama Pengarah Penjara Tawau.
"" Program ini merupakan acara tahunan yang telah dirancang pada saban tahun terutamanya menyambut ketibaan hari lebaran dengan penuh kesyukuran. Harapan pihak pengurusan Penjara Tawau agar ahli keluarga dapat menerima semula kehadiran penghuni dan dapat memupuk semula kasih sayang yang terputus selama menjalani hukuman. Antara pengisian program adalah ucapan aluan daripada Pengarah Penjara Tawau, PKK Jamil Razif bin Kassim, ucapan penghargaan dari wakil penghuni, pemberian duit raya kepada anak-anak penghuni yang hadir serta persembahan akustik oleh penghuni. Program Jalinan Kasih ini diakhiri dengan sesi beramah mesra di kalangan penghuni dan ahli keluarga bersama Pengarah Penjara Tawau.