06hb Julai 2016 (Rabu) - Sempena 1 Syawal 1437H, Unit Pemulihan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Solat Sunat Aidilfitri bersama dengan penghuni beragama Islam bertempat di Surau Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Solat sunat ini telah dimulakan pada jam 8.00 pagi yang turut dihadiri oleh PP Kalbin Hj Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu bersama pegawai pemulihan serta anggota penjara yang bertugas pada hari tersebut. Solat Sunat Aidilfitri ini melibatkan seramai 120 penghuni.
""