6 Julai 2016 (Rabu) - Sempena 1 Syawal 1437H, pihak pengurusan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengambil inisiatif mengadakan Solat Sunat Aidilfitri bersama dengan lebih kurang 150 penghuni Islam bertempat di Dewan Parameswara. Solat sunat ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni mendirikan solat secara berjemaah dalam menzahirkan nikmat setelah sebulan menjalani ibadah puasa di samping dapat berhimpun dan bermaafan dipagi hari raya. Solat sunat Aidilfitri ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Zainuddin Bin Talib dan turut dihadiri oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka dan Pegawai Yang Bertugas, KIP Azman bin Mat Yashim bersama pegawai kanan serta anggota penjara yang bertugas pada hari tersebut.