| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan di Sekolah Integriti Marang

Pada 19 Julai 2016 (Selasa), Penjara Marang Terengganu telah menerima lawatan daripada Kementerian Pendidikan Negeri Terengganu sempena Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan di Sekolah Integriti Marang tahun 2016. Program ini merupakan aktiviti tahunan sektor pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Negeri Terengganu ke Sekolah Integriti Marang. Seramai 21 orang pegawai dari pelbagai ketua sektor pendidikan JPNT telah hadir diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali. Aturcara program dimulakan dengan ceramah pendidikan pencegahan dadah oleh Tn. Hj. Mohd Sabri bin Ibrahim, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, ucapan Pengarah Penjara Marang, ucapan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, persembahan dikir barat oleh pelajar sekolah dan penyerahan naskah Al-Quran dan Kamus dwibahasa daripada JPNT.


""