Pada 15 Julai 2016 (Jumaat), bertempat di Dataran Perhimpunan Pagi Penjara Taiping telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aturcara program dimulakan dengan ucapan aluan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni yang terpilih merayakan perayaan Aidilfitri bersama ahli keluarga mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan. Seramai 19 orang penghuni dan ahli keluarga telah terpilih menjayakan program ini. Antara persembahan yang diaturkan adalah nyanyian lagu hari raya daripada penghuni. PKK Charin Promwichit serta kakitangan turut bersama-sama menyambut ketibaan ahli keluarga yang hadir dan beramah mesra bersama keluarga penghuni.
""