Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1437H Bersama Penghuni Penjara Pokok Sena
Pada 6 Julai 2016 (Rabu) bersamaan 1 Syawal 1437H, pihak pengurusan Penjara Pokok Sena telah mengambil inisiatif mengadakan Solat Sunat Aidilfitri bersama dengan 150 orang penghuni Islam bertempat di Surau Al-Munir. Solat sunat ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi yang diimamkan oleh SJN 8177 Mohamed Jamil Bin Saari dan turut dihadiri oleh pegawai serta anggota penjara yang bertugas pada hari tersebut. Selesai Solat Sunat Aidilfitri semua anggota penjara dan penghuni telah dijamu dengan jamuan ringan.