Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016
Pada 04 Julai 2016 (Isnin), bertempat di Dewan Bestari, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni yang melibatkan seramai 100 orang penghuni. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Kalbin Hj. Mohd Said bersama En. Hadi Bin A. Kassim, Setiausaha Sulit mewakili YB Datuk Hajah Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Sharlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia dan seterusnya menyampaikan sumbangan seperti al-Quran, buah kurma dan biskut raya untuk kegunaan aktiviti penghuni dan kakitangan yang akan menyambut hari raya aidilfitri.