Kuala Terengganu, 24 Julai 2016 - Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Parol Daerah seluruh Terengganu telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Terengganu. Majlis sambutan tersebut telah diadakan di perkarangan Rumah Perantaraan Negeri Terengganu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Majlis sambutan hari raya ini telah dihadiri oleh ketua dari pelbagai jabatan kerajaan, NGO dan juga masyarakat setempat. Pelbagai juadah telah disediakan untuk tetamu disamping turut diperdengarkan dengan lagu-lagu raya bagi membangkitkan lagi suasana hari raya.
""