| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 19 Julai 2016 (Selasa) jam 11.00 pagi telah berlangsung Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu bertempat di Ruang Legar Penjara Wanita. Sambutan Hari Bertemu Pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri, bertemakan sambutan hari raya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mewujudkan ikatan kerjasama antara jabatan serta orang awam. Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu PKP Lim Kim Mooi serta barisan pegawai kanan turut menyambut mesra kehadiran PKK Nora binti Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah / W.P Labuan serta barisan kakitangan Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Kehadiran beberapa agensi kerajaan antaranya Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya, Lembaga Hakim Pelawat, pihak mahkamah, JHEAINS, media serta beberapa agensi kerajaan lain dan orang awam menyerikan lagi sambutan pada hari tersebut. Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada tetamu yang hadir serta pertandingan gerai terbaik. Pertandingan gerai telah dimenangi oleh kumpulan Gucci, diikuti tempat kedua kumpulan Dior dan seterusnya kumpulan Chanel. Program tersebut berakhir pada jam 3.00 petang.


""