Perhimpunan Setia Bulanan Institusi Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas Melaka telah diadakan pada 19 Julai 2016 (Selasa) bertempat di Perkarangan Blok Pentadbiran Institusi. Perhimpunan ini juga bersempena memperingati sambutan Ulangtahun SHG Melaka Ke 66 tahun yang bertemakan ?We Will Rise Again? Kami Komited Sebagai Peneraju Institusi Koreksional Juvana Yang Unggul. TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka turut hadir dalam majlis yang disambut secara sederhana dengan simbolik memotong pulut kuning. Dalam ucapannya, beliau menyeru kepada seluruh wargakerja SHG Telok Mas mengembeling tenaga dalam mencapai visi dan misi Jabatan serta menekankan tentang tiga teras utama kecemerlangan SHG iaitu di dalam bidang Akademik, Kemahiran serta Pendidikan Agama. Hadir sama ialah PKP Abd. Rahman bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Pegawai-pegawai Kanan, Guru-guru Akademik, anggota lain-lain pangkat serta Kakitangan Awam Institusi. Antara pengisian lain sempena program sambutan kali ini adalah Bacaan Yassin, Tahlil dan Majlis Doa Selamat serta pemeriksaan kesihatan kepada kakitangan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Umbai Melaka.
""