Pada 26 Julai 2016 (Selasa), bermula pada jam 09:00 pagi, bertempatkan di perkarangan Blok PPI, Unit Pemulihan Dan Rawatan, Institusi Penjara Limbang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Gawai Raya Peringkat Penghuni yang melibatkan seramai 50 penghuni serta 32 ahli keluarga penghuni yang dijemput. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Limbang PKP Mohd Izhar bin Haji Yahya, Lembaga Hakim Pelawat dan Pengerusi Prison Fellowship cawangan Limbang.Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni dalam menghayati erti makna hari perayaan tahunan bersama ahli keluarga serta memupuk semangat kekeluargaan dan mengeratkan silaturrahim. Program ini dimulai dengan ucapan wakil penghuni dan dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke lagu-lagu raya, gawai dan sajak keinsafan oleh penghuni sendiri dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kakitangan. Majlis berakhir pada jam 11:00 pagi dengan jayanya.
""