Pada 28 Julai 2016 (Khamis), seramai 20 orang penghuni telah berpeluang mengikuti perjumpaan secara bersemuka melalui Program Jalinan Kasih 2016 yang telah diadakan di Dataran Insaf Penjara Marang Terengganu. Aturcara program dimulakan dengan ucapan aluan PP Mohd Rusli bin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Penjara Marang. Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh penghuni dan acara memotong kek. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk berubah.Turut hadir pada majlis tersebut TPP Ahmad Fikri Bin Safiar, kakitangan penjara dan pihak media.
""