25 Julai 2016 : Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2016 bertempat di perkarangan Pejabat Kenderaan melibatkan semua kakitangan dan juga keluarga. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Aturcara majlis bermula dengan ucapan oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku Pengarah DDM, perasmian majlis dengan memasang bunga api, jamuan makan, cabutan nombor bertuah, persembahan oleh setiap unit, penyampaian hadiah bagi persembahan serta gerai tercantik, penyampaian duit raya dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati.
""