| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 25 Julai 2016 (Isnin) - Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 peringkat kakitangan bertempat  di Dataran SHG Telok Mas. Majlis yang diadakan pada jam 8.00 malam melibatkan semua kakitangan termasuk Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) Cawangan Negeri Melaka. PKP Abd Rahman bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney dalam ucapan aluannya menyeru supaya seluruh warga sekolah mengamalkan sikap toleransi, hormat-menghormati serta bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan. Turut diadakan pada majlis tersebut ialah pertandingan gerai tercantik, persembahan nyanyian kakitangan dan penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan. Hadiah kepada pemenang gerai tercantik dan cabutan bertuah telah disampaikan oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka.


""