Pada 24 Julai 2016 (Ahad) bertempat di perkarangan Bilik Kawalan Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Jalinan Kasih Hari Raya Aidilfitri. Seramai (11) orang tahanan LLPK, (3) orang tahanan POCA, (8) orang banduan sabitan dan (5) orang banduan akhir yang terlibat dalam program tersebut. Jalinan Kasih ini di adakan adalah bertujuan memberi peluang kepada penghuni-penghuni yang berkelakuan baik dalam penjara untuk bertemu bersemuka dengan keluarga bagi mengeratkan lagi silaturahim antara penghuni dengan keluarga dan dapat merasai suasana Hari Raya Aidilfitri. Program Jalinan Kasih ini juga merupakan satu program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia untuk memberi kesedaran kepada penghuni betapa pentingnya institusi keluarga. Majlis tersebut di sempurnakan oleh PP Ramli bin Hussain, Penguasa Penjara Simpang Renggam, Johor.
""