| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil 2 Tahun 2015, Klana Resort Seremban

Mesyuarat Ketua-ketua Institusi (MKKI) Bil. 2 Tahun 2015 telah diadakan dari 6 sehingga 9 Disember 2015 bertempat di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 86 orang pegawai yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Penjara Negeri, Pengarah-pengarah Institusi dan wakil Kementerian Dalam Negeri. Acara yang berlangsung selama 4 hari ini adalah berteraskan objektif mesyuarat seperti yang berikut:


- memberi pendedahan kepada Ketua-ketua Institusi berkaitan isu dan cabaran yang telah, sedang dan bakal dihadapi oleh Jabatan serta membincangkan cadangan penyelesaian agar Jabatan sentiasa selari dengan perkembangan semasa;


- meneliti semula program-program yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan visi, misi dan objektif Jabatan dicapai dengan baik dan jayanya;


- meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui perkongsian ilmu dan cetusan idea bersama serta mengatasi kerenah birokrasi; dan


- memperkasa jaringan kerjasama antara Pengarah-pengarah Bahagian di Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Ketua-ketua Institusi.


Pengisian MKKI Bil. 2 Tahun 2015 di Klana Resort Seremban pada kali ini telah dimulakan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara. Majlis dimulakan dengan perutusan pengerusi mesyuarat iaitu YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, penyampaian pingat kepada ahli mesyuarat dan pegawai kanan, penyampaian Anugerah Kualiti dan penyampaian sumbangan daripada ICRC kepada Penjara Reman Pulau Pinang. Mesyuarat seterusnya disusuli dengan sesi pembentangan merangkumi laporan maklum balas oleh Setiausaha Mesyuarat, pembentangan Sektor Keselamatan dan Koreksional, Sektor Pengurusan, Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Bahagian Perundangan. Dalam pada itu, sesi taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam, Penagihan Dadah : Isu dan Cabaran Dalam Melestarikan Kepulihan dan Perakaunan Akruan juga telah diadakan.


Turut dimuatkan dalam program MKKI Bil. 2/2015 adalah Mesyuarat Agong Majlis Sukan Penjara Malaysia, Mesyuarat Kelab Sahabat dan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan. Sesi penggulungan MKKI Bil. 2 Tahun 2015 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara telah diadakan pada 8 Disember 2015.

 

""