Pada 28 ? 29 Disember 2015 ( Isnin & Selasa ), bertempat di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor telah diadakan Proses Pengauditan Semula Persijilan MS ISO 9001:2008. Proses pengauditan tersebut telah dilaksanakan oleh En. Md Jaafar Bin Md Jani, Puan Kamsiah Bt Mansoor dan Puan Nur Ruzaini Bt Ab Razak wakil dari pihak Sirim Qas.
Proses pengauditan dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan jam 09.30 pagi pada 28.12.2015 dan Mesyuarat Penutupan jam 04.30 pada 29.12.2015 yang telah dipengerusikan oleh PKP Azman bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah PPA Simpang Renggam dan dihadiri oleh semua Ketua-ketua Unit Bahagian. Hasil dari Proses Pengauditan yang telah dijalankan, pihak juruaudit telah membentangkan penemuan yang diperolehi pada Mesyuarat Penutupan tersebut dan dimaklumkan PPA Simpang Renggam telah berjaya mengekalkan dan dilanjutkan Persijilan MS ISO 9001:2008 selama 3 tahun. Majlis tersebut diakhiri dengan penyapaian cenderahati yang disampaikan oleh PKP Azman Bin Mohd Ali.
""