Pada tarikh 30 Disember 2015 , satu Program Jalinan Kasih Penghuni Sempena Hari Krismas Peringkat Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Pusat Miri, Sarawak. Program ini dikendalikan oleh Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Miri dengan melibatkan seramai 6 orang penghuni yang terpilih bersama ahli keluarga masing-masing. Program bermula pada jam 10:00 pagi dan di rasmikan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh. Persembahan nyanyian solo dan berkumpulan dari penghuni yang terpilih juga telah menyerikan lagi program jalinan kasih Hari Krismas pada kali ini. Melalui program ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan penghuni dengan ahli keluarga agar mereka tidak merasa tersisih lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan.
""