Pada 29 Disember 2015 (Selasa), bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Program Jalinan Kasih sempena sambutan Krismas tahun 2015. Seramai 16 orang penghuni telah diraikan bersama-sama keluarga. PP Mohd Rothman bin Bujang, Timbalan Pengarah SHG Melaka telah menyempurnakan perasmian pembukaan program ini yang turut dihadiri En Anthony Tan Pengerusi Persatuan Persaudaraan Penjara Katholik Negeri Melaka.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara penghuni dan keluarga serta memberi peluang kepada penghuni merasai suasana sambutan perayaan Hari Krismas. Sepanjang program ini turut diadakan acara permainan berbentuk kekeluargaan untuk merapatkan lagi kemesraan dikalangan keluarga.
""