Pada 4 Januari 2016 (Isnin) telah diadakan Majlis Pelancaran Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney Telok Mas Melaka yang bertempat di Dewan Seroja. Majlis Pelancaran ini telah dihadiri oleh PKP Saidun bin Haji Othman, Tuan Haji Mohd Haris bin Mahat Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), pegawai-pegawai kanan serta Nazir dan guru-guru JAIM Melaka Tengah.
Penubuhan sekolah ini adalah sebagai wadah baharu kepada institusi ini dalam mendalami ilmu agama dengan cara yang lebih formal disamping memantapkan jati diri dengan ilmu kerohanian yang lebih lengkap dan tetap mengikut kokorikulum KAFA. Seramai 81 orang pelajar lelaki dan 26 pelajar wanita telah didaftarkan untuk mengikut sesi persekolah yang bermula pada hari ini.
""