Pada 7 Januari 2016 (Rabu), Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin Bin Haji Salleh bersama Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek Bin Musa dan Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Walace Anak Nawon telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani. Kunjungan ini adalah sebagai permulaan untuk memperkukuhkan lagi hubungan diantara Jabatan Penjara Malaysia dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Sarawak bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih erat diantara satu sama lain.
""