Pada 06.01.2016 (Rabu) telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2016, institusi Penjara Seremban yang telah diadakan di Dewan Wawasan, Penjara Seremban. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan seterusnya bacaan ikrar yang dipimpin oleh KIP Mustafa bin Yusof. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hazwan bin A. Bakar dan seterusnya membaca perutusan tahun baharu 2016 YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang telah disampaikan oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban. Aturcara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah platun oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin kepada semua ketua platun dan diakhiri dengan jamuan.
""