Pada 4 Januari 2016 (Isnin), bertempat di Dewan Perindu Penjara Sungai Buloh, telah diadakan Majlis Makan Malam Pegawai Kanan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKP Abd Kadir Bin Rais dan 40 orang Pegawai Kanan. Majlis dimeriahkan dengan pertandingan karaoke dan penyerahan Insentif kepada Pasukan Tarik-tali Penjara Sungai Buloh yang telah menjadi Juara di ?19th ASEAN Prisons Track and Field Championships? yan diadakan di Palembang, Indonesia. Majlis telah berakhir pada jam 12 tengah malam dan dimeriahkan lagi dengan percikan bunga api.
""